Berita 14-07-2022

Majlis Sambutan Ulangtahun Ke-10 Pengiktirafan Lembah Lenggong


Sekitar Majlis Sambutan Ulangtahun Ke-10 Pengiktirafan Lembah Lenggong Sebagai Tapak Warisan Dunia (UNESCO) Dan Perasmian Lenggong Outdoor Festival 2022 pada 30 Jun 2022 bertempat di Resort Tasik Raban, Lenggong, Perak.

Terima kasih diucapkan kepada dif-dif jemputan terdiri daripada YB Datuk Seri Dr. Santhara J.P, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, YB Dato’ Nolee Ashilin binti Dato’ Mohd Radzi, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri Perak, YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah, Ahli Parlimen Lenggong serta Ketua-ketua Jabatan dan Agensi Kerajaan Negeri Perak kerana sudi hadir memeriahkan majlis ini.

Begitu juga setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Tourism Perak,Pihak Berkuasa Tempatan seluruh negeri Perak, Agensi-agensi Kerajaan Daerah Kecil Lenggong,barisan Ahli Majlis, Wakil-wakil penduduk tempatan serta seluruh warga Majlis Daerah Lenggong dan penduduk Daerah Kecil Lenggong kerana telah terlibat menjayakan majlis ini bersama penganjur utama Lenggong Outdoor Festival 2022 iaitu LOCCO dan Cerita & Co.

Kejayaan mengekalkan Lenggong sebagai Tapak Warisan Dunia (UNESCO) sehingga 10 tahun bukanlah usaha yang mudah dan ia merupakan kejayaan bersama yang dicapai oleh semua pihak terlibat. Majlis Daerah Lenggong akan terus mengambil langkah-langkah proaktif dan komprehensif bagi menggalakkan pelancongan di Lenggong selaras dengan pengiktiran yang diterima ini.