Profail Majlis Daerah Lenggong

Latarbelakang

Majlis Daerah Lenggong merupakan sebuah Pihak Berkuasa Tempatan yang diberi kuasa di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) untuk memberi perkhidmatan-perkhidmatan perbandaran kepada penduduk-penduduk dalam kawasan Majlis Daerah Lenggong. Majlis Daerah Lenggong ditubuhkan pada 1.12.1979. Kelulusan kawasan pentadbiran berjumlah 9773.162 hektar dengan jumlah penduduk seramai lebih kurang 19,343 orang. Pekan Lenggong adalah pusat pentadbiran yang terletak ditengah-tengah kawasan iaitu disebelah selatan 62km dari Bandar Diraja Kuala Kangsar dan sebelah utara 57km dari Gerik iaitu Pusat Pentadbiran bagi Daerah Hulu Perak.

Kawasan Operasi

Majlis Daerah Lenggong pada ketika ini merangkumi kawasan operasi seperti berikut:-

Kampung Baru Ayer Kala

Kampung Baru Selat Pagar

Kampung Baru Padang Grus

Desa Air Ibol, Sumpitan

RPA Kampung Gua Badak

Taman Kota Lengong

RPA Kampung Gelok

Dataran Lenggong

Pekan Lenggong

RPT Bukit Raja

Taman Seri Adika Raja Meor Yahaya

Kg. Sira, Kg. Sekolah Perempuan

Jalan Bukit Balai, Lenggong

Jalan Pegawai, Lenggong

Taman Bandar Baru Lenggong

Taman Kota Lenggong

Taman Lenggong

Taman Bukit Senyum

Taman Cempaka

Kampung Baru Kota Tampan

RPA Kota Tampan

Taman Kota Tampan

Dataran Kota Tampan

Pekan Raban

Taman Sri Raban

Pekan Kuak