Soalan Lazim

Pengurusan

Menuju ke arah bandar yang maju dan membangun melalui perancangan dan kawalan yang teratur untuk melahirkan masyarakat yang harmoni dan sejahtera

Tiada rekod

Anda boleh mengemukakan bil kepada pemilik untuk bayaran segera. Jika pemilik gagal untuk menjelaskan cukai tersebut harta anda di dalam bangunan itu akan dirampas. Anda boleh melindungi harta anda dengan membayar sewa kepada Majlis sehingga tunggakan dijelaskan. Peruntukan Seksyen 151(6) Akta 171 Kerajaan Tempatan melindungi anda!

Menjadi sebuah agen yang bertanggungjawab untuk mencapai nilai hidup yang sempurna melalui dasar pembangunan nasional

Cukai Pintu

Cukai pintu adalah cukai yang dikenakan ke atas pemilik dan penghuni pegangan berkadar yang terletak di dalam kawasan bidang kuasa sesebuah Majlis.

Kutipan dari cukai pintu adalah perlu untuk menampung perbelanjaan Majlis dalam menyediakan perkhidmatan seperti kos penyelenggaraan bandar, membina atau menyelenggara taman rekreasi, pemotongan rumput, membayar bil lampu jalan dan sebagainya untuk kesejahteraan masyarakat.

Adalah penting bagi pembayar cukai membayar cukai taksiran sebelum tarikh akhir pembayaran. Pembayar Cukai Taksiran hendaklah:-

Menyemak di pejabat Majlis Daerah Lenggong samada hartanah anda sudah dikenakan cukai pintu.

Membayar cukai pintu pada masa ditetapkan

Memberitahu Majlis jika terdapat pertukaran alamat pos

Membekalkan alamat peti surat pos, jika ada

Memaklumkan Majlis jika terdapat pertukaran hakmilik

Memeriksa di pejabat Majlis dan menjelaskan sebarang cukai pintu kepada Majlis sebelum pertukaran hakmilik berlaku.

Memberitahu Majlis jika bangunan diubahsuai atau dirobohkan.

Memberitahu Majlis secara surat-menyurat jika ingin memohon pengurangan cukai pintu atas sebab bangunan anda tidak diduduki.

Melengkap dan mengembalikan borang-borang yang dihantar oleh Majlis.

Mengambil bil cukai di pejabat Majlis jika anda tidak menerima bil. (Tiada pengecualian denda diberi atas alasan tidak menerima bil cukai pintu).

Datang ke Pejabat Majlis, Unit Penilaian dan Harta untuk mendapatkan bil tuan/puan. Bawa maklumat-maklumat seperti berikut :-

No. Lot/No.Rumah dan kedudukan harta.

No. Akaun (jika ada) atau

Bawa bil lama untuk rujukan

Beritahu kepada Majlis dengan mengisi Borang 1 / Borang J dan yang berkenaan dalam tempoh tiga bulan selepas pindah milik dilakukan. Jika gagal Pihak Majlis boleh mengambil tindakan mengikut Seksyen 160(6) Akta 171.

Semak dulu dengan Majlis untuk nama yang didaftar dan tunggakan yang masih ada bagi rumah / tanah tersebut untuk mengelakkan anda menyesal di kemudian hari, Seksyen 146, Akta 171 menegaskan bahawa semua kadar (tunggakan) adalah menjadi tanggungjawab pemilik pada masa itu untuk menjelaskannya. Anda dinasihatkan supaya menyemak dahulu pengurusan yang menguruskan urusniaga harta tersebut untuk menentukan tunggakan telah dijelaskan oleh pemilik sebelumnya.

Perbezaan nilai cukai pintu adalah disebabkan oleh:-

Kegunaan

Bahan-bahan pembinaan

Lokasi

Keluasan lantai

Majlis akan menimbangkan untuk bayaran dibuat secara ansur. Untuk itu, anda dinasihatkan untuk datang sendiri ke Pejabat Majlis, Unit Penilaian dan Harta untuk membincangkan perkara itu dengan pengawai-pengawai yang berkenaan. Pihak Majlis juga bersedia untuk menyelesaikan lain-lain masalah anda mengenai cukai.

Anda hendaklah memberi notis kepada pihak Majlis jika bangunan anda kosong dan tidak didiami. Anda akan layak untuk diberi rebat jika segala syarat dalam Peraturan 5 dan 6 yang terkandung dalam Peraturan (Kadaran) Pihak Berkuasa Tempatan 1997 dipenuhi.