Berita 27-09-2022

Majlis Pemasyhuran Sarawak Delta Geopark

image-0
image-1
image-2
image-3
image-4
image-5
image-6
image-7
image-8
image-9
image-10
image-11
image-12
image-13
image-14
image-15
image-16
image-17
image-18
image-19
Pengurusan Lenggong Geopark diketuai Pengurus Lenggong Geopark,Tuan Pegawai Daerah Hulu Perak, Majlis Daerah Lenggong, Jabatan Warisan Negara Zon Tengah, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Perak telah dijemput hadir ke Majlis Pemasyhuran Sarawak Delta Geopark pada 24 September 2022 bertempat di Kampung Budaya Sarawak.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Ketua Menteri Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg, barisan kepimpinan tertinggi negeri Sarawak, Pengurus-pengurus Geopark Langkawi, Geopark Sarawak dan Geopark Kinabalu serta pengunjung-pengunjung dari dalam dan luar negara.

Pengurusan Geopark Lenggong juga berpeluang melawat beberapa geotapak di Sarawak Delta Geopark seperti Fairy Caves Bau dan Tasik Biru. Selain itu, pelbagai pengalaman dan ilmu pengetahuan baharu diperoleh dari segi pengurusan, kelestarian dan pemuliharaan sesebuah kawasan yang diisytihar sebagai Geopark Kebangsaan. Delegasi Geopark Lenggong turut mempelajari dan mengambil contoh penglibatan komuniti dalam mempromosi geofood, geocraft dan geosite di Sarawak Delta Geopark.

Sekalung penghargaan tahniah diucapkan kepada Sarawak DELTA Geopark atas pemasyhuran ini dan Majlis Daerah Lenggong mengharapkan hubungan yang terjalin akan terus kekal dan memberi impak positif di masa hadapan.
Turut dipanjangkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YB Datuk Shamsul Anuar Nasarah atas sokongan yang tidak putus-putus dalam membangunkan Geopark Lenggong.