SESI LIBAT URUS LESEN PREMIS DIGITAL myPATIL
Selasa & Rabu | 29-30 Ogos 2023
Sesi libat urus lesen premis digital myPATIL dilaksanakan di Dewan Sri Lenggong Inn. Sesi ini melibatkan kakitangan Unit Pelesenan, Jabatan Undang-Undang dan Penguatkuasaan, Jabatan Teknologi Makanan, Jabatan Kewangan, Jabatan Khidmat Pengurusan Majlis Daerah Lenggong serta wakil myPATIL bagi membincangkan gerak kerja myPATIL.
myPATIL adalah lesen premis digital yang pertama di Malaysia yang berasaskan teknologi pintar internet of things (IoT). Ia bagi menggantikan kaedah lesen konvensional dalam bentuk kertas dan papan lesen sedia ada di semua premis perniagaan.
Penggunaan Lesen Premis Digital myPATIL memberi manfaat kepada peniaga seperti memudahkan urusan pembaharuan lesen perniagaan dan pembayaran kompaun. Peniaga juga boleh membuat pembaharuan lesen secara terus tanpa ke kaunter pejabat Majlis Daerah Lenggong.
Peranti pintar myPATIL yang akan dipasang di dalam premis perniagaan pelesen tidak akan menggunakan elektrik di premis pelesen, tidak mempunyai perakam suara, tidak menggunakan internet dan tiada kamera CCTV. Jadi, semua pelesen jangan risau dan khuatir tentang pemasangan peranti pintar myPATIL ini.