PROGRAM MOBILISASI SKUAD SUKARELAWAN ANAK MALAYSIA (SATRIA) KEMPEN KITAR SEMULA (3R) TAHUN 2023
Rabu | 23 Ogos
Program Mobilisasi Skuad Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) di bawah anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Lenggong telah diadakan hari ini di SMK Dato’ Ahmad Lenggong. Melalui program ini, pihak Majlis Daerah Lenggong telah menyediakan tong kitar semula dan mengumpulkan semua barang kitar semula tersebut.
Tahniah dan syabas buat adik-adik SATRIA yang telah menjayakan dan mengumpul bahan kitar semula ini. Sebanyak 181.6 kg hasil terkumpul barangan kitar semula bagi semua jenis telah berjaya dikumpulkan.
Semoga amalan pengumpulan barangan kitar semula ini dapat diterapkan dalam diri dan jiwa adik-adik. Secara tidak langsung, program ini dapat mengurangkan pembuangan sisa di tapak pelupusan sampah. Terapkan amalan kitar semula.