INFORMASI SEMASA

Notis Kerja Undian Majlis Daerah Lenggong Bil 1 Tahun 2023

NOTIS KERJA UNDIAN

MAJLIS DAERAH LENGGONG BIL 1/2023

1. Tawaran kerja undian adalah dipelawa kepada semua KONTRAKTOR BUMIPUTERA yang berdaftar dengan CIDB dan mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dalam gred, kategori dan pengkhususan yang berkaitan (Kebenaran Khas Tidak Diterima) serta yang masih berdaftar dengan MAJLIS DAERAH LENGGONG yang dipelawa untuk menyertai kerja-kerja undian seperti yang berikut:-

BIL NO. KERJA UNDI/ TAJUK KERJA KELAYAKAN KONTRAKTOR / SYARIKAT TARIKH / WAKTU PENDAFTARAN LINK
1 No Kerja Undi
SH 12/2023

Tajuk Kerja

Menaik Taraf Jalan Besar Dari Pintu Masuk Kampung Baru Selat Pagar ,Panjang Jalan Lebih Kurang  400 Meter Dan Lebar Jalan 8 Meter.

(Bumiputera)

Gred:G1

Pengkhususan:

CE01 & CE21

24.5.2023

HINGGA 25.5.2023

Pendaftaran Atas Talian Google Form

8.00pg-5.00petang

(Diwajibkan)
Google form
2 No Kerja Undi
SH 12/2023

Tajuk Kerja

Menurap Jalan Utama Kampung Baru Kota Tampan.

(Bumiputera)

Gred:G1

Pengkhususan:

CE01 & CE21

24.5.2023

HINGGA 25.5.2023

Pendaftaran Atas Talian Google Form 

8.00pg-5.00petang

(Diwajibkan)
Google form
3 No Kerja Undi
SH 15/2023

Tajuk Kerja

Menaiktaraf Jalan Dan Mengecat Garisan Jalan serta memasang Perabot Jalan di K/B Padang Grus ,Majlis Daerah Lenggong

(Bumiputera)

Gred:G1 

Pengkhususan:

CE01 & CE21

24.5.2023

HINGGA 25.5.2023 

Pendaftaran Atas Talian Google Form

8.00pg-5.00petang

(Diwajibkan)
Google form
4 No Kerja Undi
SH 20/2023

Tajuk Kerja

Menyelenggara Kolam Tadahan Taman Kota Lenggong ,MD Lenggong 

(Bumiputera)

Gred:G1

Pengkhususan:

CE 21 & CE 40

24.5.2023

HINGGA 25.5.2023

Pendaftaran Atas Talian Google Form

8.00pg-5.00petang

(Diwajibkan)
Google form
5 No Kerja Undi
SH 20/2023

Tajuk Kerja

Menyelenggara Kolam Tadahan Seri Raban ,MD Lenggong

(Bumiputera)

Gred:G1

Pengkhususan:

CE 21 & CE 40

24.5.2023

HINGGA 25.5.2023

Pendaftaran Atas Talian Google Form

8.00pg-5.00petang

(Diwajibkan)
Google form

2. Kontraktor yang telah atau pernah mendapat kerja secara sebut harga dan tawaran terus sepanjang tahun 2023 daripada Majlis Daerah Lenggong adalah TIDAK LAYAK menyertai pendaftaran undi ini.

3. Hanya pendaftaran secara ‘ONLINE’ dan MENEPATI SYARAT- SYARAT UTAMA dalam TEMPOH YANG DITETAPKAN SAHAJA akan diterima.Pihak Majlis akan menyenaraikan kontraktor yang berjaya pada tapisan pendaftaran sebelum proses cabutan undi dilaksanakan.

4. Pendaftaran Kontraktor dibuat melalui google form iaitu secara ATAS  TALIAN (ONLINE)  dan akan dibuat untuk TIGA (2) HARI SAHAJA iaitu pada 24 MEI  2023 BERMULA JAM 8.00 PAGI HINGGA 25 MEI  2023 BERAKHIR JAM 5.00 PETANG

5. Semua Kontraktor dikehendaki memuat naik dokumen-dokumen (DALAM BENTUK PDF) di dalam Google Form yang disediakan . KEGAGALAN untuk memuat naik dokumen yang lengkap akan ditolak.Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:-

 

  1. Sijil Taraf Bumiputera (STB) Oleh PKK
  2. Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) oleh CIDB
  3. Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PKK) oleh CIDB
  4. Sijil Pendaftaran dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  5. Penyata Akaun terkini

 

6. Tempoh sah laku sijil – sijil tersebut adalah minimum 3 bulan dari tarikh undian.

7. Paparan notis senarai kelayakan Kontraktor yang Berjaya untuk memasuki proses undi akan disenaraikan di laman Facebook @ Laman Web Majlis Daerah Lenggong

8. PENAWARAN KERJA adalah tertakluk kepada syarat- syarat KATEGORI DAN PENGKHUSUSAN seperti tercatat dalam Jadual.

9. Hanya penama syarikat yang dibenarkan mendaftar untuk memasuki menyertai kerja undian ini. Surat Wakil Kuasa dan Kebenaran Khas CIDB TIDAK DIBENARKAN. Berdasarkan kepada Pekeliling P.K 2.2 berkaitan Kaedah Perlaksanaan Perolehan / Projek Kerajaan Tahun 2020 (Kuatkuasa 23 April 2020). 

10. Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawarkan atau memberi ,meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana – mana orang yang berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. 

11. Pihak Majlis berhak menarik balik surat tawaran atau inden kerja sekiranya didapati Kontaktor mengemukakan atau memberikan maklumat palsu.

12. Berikut adalah tarikh – tarikh penting pelaksanaan kerja undi secara dalam talian  yang akan dilaksanakan oleh Majlis Daerah Lenggong 24 MEI 2023 hingga 31 MEI 2023 2022

PERKARA TARIKH DAN LOKASI LOKASI
Iklan Tawaran Kerja Undi 24 Mei 2023 Papan Notis/Laman Web/ Facebook Majlis Daerah     Lenggong
Pendaftaran Kontraktor 24 Mei 2023 hingga 25 Mei 2023 Google Form
Paparan Senarai Kontraktor Layak Menyertai Undian 27 Mei 2023 Laman Web / Facebook Majlis Daerah Lenggong
Sesi Undian di Majlis Daerah Lenggong 31 Mei 2023 Majlis Daerah Lenggong, Facebook Majlis Daerah Lenggong
Paparan Kontraktor Berjaya 1 Jun 2023 Laman Web / Facebook Majlis Daerah Lenggong

Sekian ,terima kasih


notis kerja undi-page-001.jpg
notis kerja undi-page-002.jpg
notis kerja undi-page-003.jpg