Perutusan Yang Dipertua

Majlis Daerah Lenggong

Alhamdulillah, segala syukur dipanjatkan ke hadrat ilahi di atas nikmat dan kurniaNya kerana diberi peluang untuk saya mengukir kata sebagai pembuka bicara bagi tahun 2023 ini. Saya berharap tahun 2023 merupakan tahun bermulanya segala rancangan pembangunan besar untuk meningkatkan imej perbandaran daerah Lenggong sebagai salah satu tempat pelancongan bertaraf dunia. Hal ini adalah bagi memastikan status sebagai Tapak Warisan Dunia yang dikecapi pada 30 Jun 2012 dapat dikekalkan.

Bagi merealisasikan objektif ini, Majlis Daerah Lenggong akan melaksanakan rancangan pembangunan yang menfokuskan kepada aspek yang berikut;

  • Meningkat kemudahan pelancongan daerah Lenggong selaras dengan hasrat untuk menjadikan daerah Lenggong tempat pelancongan bertaraf dunia.
  • Meningkatkan mutu kehidupan masyarakat di daerah Lenggong agar seimbang dengan kemajuan pembangunan yang dirancang.
  • Menambah peluang ekonomi kepada masyarakat Lenggong untuk mengurangkan limpahan bakat muda keluar dari daerah Lenggong.
  • Meningkat imej perbandaran daerah Lenggong agar selari dengan taraf Tapak Warisan Dunia UNESCO yang telah diperolehi.

Menjadikan aspek pembangunan ini sebagai teras rancangan pembangunan, saya berharap kesan pembangunan ini dapat dinikmati oleh masyarakat di Lenggong.

Saya bersama-sama semua warga Majlis Daerah Lenggong juga akan komited untuk meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat agar menjadi Pihak Berkuasa Tempatan yang cemerlang, gemilang dan terbilang di negeri Perak khususnya dan Malaysia amnya.