MENU

MAJLIS DAERAH LENGGONG

mdlg

JAWATAN KOSONG

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan kosong di Majlis Daerah Lenggong dan keutamaan akan diberi kepada rakyat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul RIdzuan.

1. Gelaran Jawatan

Bil Jawatan Gred Taraf
1. Pembantu Awam H11 Kontrak / Tetap
2. Pemandu Kenderaan H11 Kontrak / Tetap

 

2. Cara Memohon

1.         Pemohon hendaklah memohon secara atas talian dengan melayari laman web https://digital.perak.my mulai 19 Julai 2021 (Isnin).

 

2.         Pemohon TIDAK PERLU mengemukakan sebarang salinan dokumen selepas mengisi secara ATAS TALIAN (ONLINE). Pihak Majlis hanya akan menghubungi calon-calon yang layak untuk ditemuduga sahaja. Pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam masa (6) bulan selepas tarikh tutup iklan adalah dianggap TIDAK BERJAYA.

 

3.         Permohonan daripada kakitangan kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan menyertakan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan terakhir dan hanya perlu dibawa semasa Sesi Temuduga.

 

4.         Calon-calon yang layak dipanggil temuduga dikehendaki membawa dokumen asal dan salinan dokumen yang telah disahkan seperti Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Sijil-sijil Persekolahan/Akademik yang telah disahkan dan lain-lain dokumen yang perlu dikemukakan.

 

TARIKH TUTUP PERMOHONAN:

Sebelum atau pada 02 OGOS 2021 / ISNIN

 

YANG DIPERTUA

MAJLIS DAERAH LENGGONG

Grade: 
H11
Closing Date: 
Isnin, 2 Ogos 2021
Attachments: