Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171], Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 [Akta 133], Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172] merupakan Akta utama yang dibuat oleh Parlimen yang digunapakai oleh Pihak Berkuasa Tempatan bagi maksud mengadakan persamaan undang-undang antara Negeri.
Melalui Akta tersebut Majlis Daerah Lenggong dengan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri Perak boleh membuat, meminda atau membatalkan undang-undang kecil mengenai segala perkara yang perlu atau diingini untuk memelihara kesihatan, keselamatan dan kesentosaan penduduk atau untuk mengadakan aturan dan pengelolaan yang baik bagi kawasan Daerah Lenggong. Secara amnya undang-undang tersebut menyatakan dengan jelas aturan-aturan, kesalahan-kesalahan, denda dan kuasa-kuasa bagi Majlis Daerah Lenggong menjalankan tindakan penguatkuasaan undang-undang.
Senarai undang-undang yang berkaitan dengan penguatkuasaan yang dikuatkuasakan oleh Majlis Daerah Lenggong adalah seperti senarai berikut.
BIL | AKTA / KAEDAH / PERINTAH / UNDANG-UNDANG KECIL | TAHUN WARTA | NO. WARTA |
---|---|---|---|
1. | Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) | 25 Mac 1976 | |
2. | Akta Jalan Parit Dan Bangunan 1974(Akta 133) | 13 Jun 1974 | |
3. | Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172) | 25 Mac 1976 | |
4. | Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) | ||
5. | Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) | ||
6. | Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) | ||
7. | Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127) | ||
8. | Akta Makanan 1983 (Akta 281) | ||
9. | Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (Akta 154) | ||
10. | Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) | ||
11. | Peraturan-peraturan Makanan 1985 | P.U.(A)437/85 | |
12. | Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 | 23 September 2004 | P.U. (A) 324 |
13. | Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 | ||
14. | Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam (Pindaan) 2012 | 2 Februari 2013 | Pk. P.U. 5. |
15. | Sistem Pengumpulan Dan Penggunaan Semula Air Hujan (SPAH) | 2 Februari 2012 | Pk.P.U.5. |
16. | Arahan Keselamatan | ||
17. | Peraturan-peraturan Hutan (Perak) (Pindaan) 1984 | 1 Ogos 1934 | Pk. P.U. 34. |
18. | Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan | 18 Disember 1997 | |
19. | Enakmen Perladangan Unggas 2005 | 26 Julai 2005 | |
20. | Kaedah-Kaedah Kawalan Perancang (Am) Negeri Perak 2010 | ||
21. | Kaedah-Kaedah Perintah Pemeliharaan Pokok Negeri Perak 2011 | 30 Disember 2011 | Pk. P.U. 40 |
22. | Kaedah-Kaedah Caj Pemajuan Negeri Perak 2013 | Januari 2014 | |
23. | Kaedah-Kaedah Kelayakan Menyediakan Dan Mengemukakan Pelan, Butir-Butir Dan Dokumen Untuk Permohonan Kebenaran Merancang Negeri Perak 2014 | 29 Disember 2014 | Pk.P.U.36. |
24. | Kaedah-Kaedah Caj Pemajuan Negeri Perak (Pindaan) 2014 | 29 Disember 2014 | Pk. P.U. 35. |
25. | Kaedah-Kaedah Hakmilik Strata 2015 | 28 Mei 2015 | Pk.P.U.10. |
26. | Kaedah-Kaedah Tanah Perak (Pindaan) 2017 | 11 Mei 2017 | Pk.P.U.33. |
27. | Undang-Undang Kecil (Mengkompaun Kesalahan-Kesalahan)(MDLG) Kerjaan Tempatan 1981 | 16 September 1982 | Pk. P.U. 33. |
28. | Undang-Undang Kecil Penjaja (MDLG) 1986 | Pk. P.U. 27 | |
29. | Undang-Undang Kecil Pemungutan, PembuanganDan Pelupusan Sampah Sarap (MDLG) 1988 | 21 Januari 1988 | Pk. P.U. 1 |
30. | Undang-Undang Kecil Tandas Awam (MDLG) 1991 | 20 Jun 1991 | Pk. P.U. 15 |
31. | Undang-Undang Kecil Vandalisme (MDLG) 1992 | Pk. P.U. 50. | |
32. | Perintah Lalulintas Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) (MDLG) 1995 | 2 Disember 1995 | Pk. P.U. 1. |
33. | Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing (MDLG) 1996 | 29 Ogos 1998 | Pk. P.U. 13 |
34. | Undang-Undang Kecil Haiwan Ternakan dan Haiwan Merayau (MDLG) 2012 | 1 March 2012 | Pk. P.U. 9 |
35. | Kaedah-Kaedah Jawatankuasa Tatatertib (MDLG) 2012 | 11 Oktober 2012 | Pk. P.U. 42 |
36. | Undang-Undang Kecil Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan (MDLG) 2013 | 6 Jun 2013 | Pk. P.U. 32. |
37. | Undang-Undang Kecil (Mengkompaun Kesalahan-Kesalahan)(Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Perak) Jalan, Parit Dan Bangunan 2013 | 10 Oktober 2013 | Pk. P.U. 49. |
38. | Kaedah-Kaedah Pegawai MDLG (Kelakuan dan Tatatertib) 2014 | Pk. P.U. 26 | |
39. | Undang-Undang Kecil Iklan (MDLG) 2014 | 11 September 2014 | Pk. P.U. 11 |
40. | Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan Dan Perindustrian (MDLG) 2017 | 15 Februari 2017 | Pk. P.U. 11 |
41. | Undang-Undang Kecil Pelesenan Establisymen Makanan (MDLG) 2017 | 9 November 2017 | Pk. P.U. 67 |
42. | Undang-Undang Kecil Iklan Pilihanraya (MDLG) 2018 | 8 Mac 2018 | Pk. P.U. 19 |