"Kami menjamin perkhidmatan yang berkualiti dan cekap serta memberi layanan yang mesra dan sentiasa bersedia membantu anda"
- Memberikan keputusan permohonan Pembangunan Tanah dalam tempoh 48 hari dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap untuk pembinaan menggunakan konsep BKJ dan 25 hari bagi konsep JKB.
- Memberikan keputusan permohonan Kebenaran Merancang dalam tempoh 48 hari dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap untuk pembinaan menggunakan konsep BKJ dan 25 hari bagi konsep JKB.
- Memberikan keputusan permohonan Pelan Bangunan dalam tempoh 48 hari dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap untuk pembinaan menggunakan konsep BKJ dan 25 hari bagi konsep JKB.
- Memberikan keputusan permohonan Permit Bangunan Sementara dan Permohonan Pembaikan Kecil dalam tempoh 25 hari daripada tarikh penerimaan permohonan yang lengkap.
- Memberikan keputusan permohonan Lesen Premis Perniagaan dalam tempoh 30 hari daripada tarikh penerimaan permohonan yang lengkap.
- Memberikan keputusan permohonan Lesen Iklan / Kain Rentang / Pameran dalam tempoh 1 hari daripada tarikh penerimaan permohonan yang lengkap.
- Memberikan keputusan permohonan sewa gerai dalam tempoh 30 hari daripada tarikh penerimaan permohonan yang lengkap.
- Menjalankan kerja-kerja pemotongan rumput setiap 20 hari sekali.
- Menjalankan kerja kutipan sampah di kawasan Pekan Lenggong setiap hari kecuali pada hari Ahad.
- Menjalankan kerja pembersihan parit dan longkang di kawasan Pekan Lenggong setiap hari kecuali pada hari Ahad.
- Memberi keputusan Tukar Nama Pegangan dalam tempoh 7 hari daripada tarikh penerimaan permohonan yang lengkap.
- Urusan bayaran di kaunter hasil akan mengambil masa tidak melebihi 5 minit jika bil-bil yang berkaitan dikemukakan.
- Menyelesaikan tuntutan bayaran bil dalam tempoh 14 hari daripada tarikh invois diterima.
- Menjawab aduan awam melalui surat dalam tempoh 3 hari daripada tarikh aduan diterima.



