Visi
"Menuju ke arah bandar yang maju dan membangun melalui perancangan dan kawalan yang teratur untuk melahirkan masyarakat yang harmoni dan sejahtera"
Misi
- Merancang dan mengawal pembangunan selaras dengan peruntukan undang-undang yang sedia ada.
- Menyedia dan memberikan perkhidmatan perbandaran yang cekap, berkesan serta berkualiti.
- Menyediakan kemudahan komersil bagi menggalakkan penyertaan bumiputera tempatan.
- Menyediakan kemudahan-kemudahan rekreasi untuk kegunaan awam.
- Menyediakan kemudahan pelancongan bagi menjadikan Lenggong sebagai salah satu destinasi pelancongan yang terkenal di Negeri Perak.



