Maksud logo Majlis Daerah Lenggong.
Warna
Ada 3 warna yang digunakan iaitu:-
| a) | Putih | Bekerja dengan jujur dan mendukung konsep "Bersih, Cekap, dan Amanah" |
| b) | Kuning | Kesetiaan kepada Raja dan Negara |
| c) | Hijau | Melambangkan kawasan pertanian yang subur dan dihiasi dengan daun teh yang merupakan projek kebanggaan di daerah ini. |
Lambang
| a) | Bulan dan Bintang | Melambangkan agama Islam sebagai agama rasmi. |
| b) | Lapan penjuru bintang | Lapan cawangan Majlis Daerah iaitu Kuak, Raban, Gelok, Selat Pagar, Ayer Kala, Padang Grus, Kota Tampan, dan Lenggong yang bercantum di bawah Majlis Daerah Lenggong. |
| c) | Bulan | Melambangkan penyatuan dalam mewujudkan Majlis Daerah Lenggong yang dapat menyinari kesemua Majlis Daerah. |
| d) | Perkataan `Bersatu Teguh' | Melambangkan dengan penyatuan lapan cawangan ini, Majlis Daerah Lenggong akan bertambah kuat, dan cekap |



