Bahasa Melayu | English | Lain-lain
lenggong Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman kiri
Orang Awam   Warga MDLG   Pelajar  
 
 
Saiz Teks : minus acsac add   Latarbelakang : batu batu batu   Skema Warna alttext alttext alttext alttext Teks Suara   w3c
 
 
 
 
LATARBELAKANG LENGGONG    

 

   Sejarah Awal Lenggong

 

 

 

 

Menurut cerita-cerita mulut, kononnya pada zaman dahulu ada seorang Semang hendak menebang sepokok kayu yang besar.  Mengikut ceritanya pokok itu sebesar empat atau lima pemelok. Oleh kerana pangkal pokok itu keadaannya berbanir, jadi susahlah hendak menebangnya.  Si Semang tadi berusaha pula membuat pelenggar (iaitu suatu tempat bertanjak untuk menebang pokok).
 
       Dengan bersusah payah ia menebang, akhirnya tumbanglah pokok itu. Tetapi malangnya pokok yang ditebang oleh Semang itu menimpa sepokok kayu yang lain yang terkecil sedikit daripadanya.  Pokok yang kecil itu patah dan menyebabkan pokok yang ditebang itu terlanggong di atasnya.  Batang kayu yang terlanggong itu, tinggallah di situ hingga beberapa lamanya.  Akhirnya tempat itu dinamakan "Langgong".  Lama kelamaan nama "Langgong" itu berubah mengikut pelat sebutan menjadi "Lenggong", kekal nama itu hingga sekarang ini.

        Ada pula yang menceritakan, orang yang mula-mula meneroka hutan rimba dan mendiami di daerah Lenggong ini ialah seorang Semang juga yang bernama "Lenggong", jadi nama Lenggong yang ada pada hari ini ialah mengikut nama orang Semang yang tersebut itu.

        Suatu cerita lagi, konon asalnya terbit nama Lenggong ialah kerana keadaan tempatnya seolah-olah terdinding atau terlengkong oleh bukit-bukit dan banjaran gunung.  Jadi tempat tersebut dikenal dengan nama "Lengkong".  Akhirnya berubah pula sebutan "Lengkong" itu menjadi "Lenggong".

 


 

1MalaysiaMyGOVJPAMAMPUMSCPERAKNEWSmyeggreenmycoidmyidtourism lemggong


     

Hakcipta terpelihara 2012 © Majlis Daerah Lenggong
Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian
Sesuai dipapar menggunakan IE7.0 & keatas & Mozilla Firefox2.0 & ke atas dengan menggunakan resolusi 1024x768

imgKhas Bagi Pengguna


imgKlik untuk bantuan