MENU

SOALAN LAZIM UMUM

  1. Apakah tempat-tempat menarik yang terdapat di daerah Lenggong?
    • Kota Tampan, Gua Gunung Runtuh, Gua Gunung Harimau, Gua Kelawar, Gua Puteri, Lata Kekabu dan Tasik Raban.
  2. Di manakah tempat-tempat penginapan yang selesa bagi para pengunjung yang datang ke daerah Lenggong?
    • Rumah Rehat Lenggong, Resort Tasik Raban, Nur Lembah Lenggong
  3. Di manakah letaknya daerah Lenggong?
    • Lenggong adalah pusat pentadbiran yang terletak ditengah-tengah kawasan iaitu disebelah selatan 62 km. dari Bandar Diraja Kuala Kangsar dan sebelah utara 57 km. dari Gerik iaitu Pusat Pentadbir bagi Daerah Hulu Perak.
  4. Bagaimanakah cara untuk sampai ke Lenggong?
    • Melalui Lebuhraya PLUS, sila keluar di "Exit 143 : Kuala Kangsar" Selepas Tol, sila menghala terus ke Gerik melepasi Lubuk Merbau dan Sauk. Lenggong terletak dalam perjalanan ke Gerik, kira-kira 48 km daripada Tol Kuala Kangsar. Perjalanan akan melalui Jambatan Raja Muda Nazrin Shah. Teruskan perjalanan sehingga menjumpai papan tanda Lenggong yang terletak lebih kurang 9km dari lampu isyarat selepas Jambatan Raja Muda Nazrin Shah.
  5. Apakah fungsi bagi Majlis Daerah Lenggong?
    • Menjadi sebuah agen yang bertanggungjawab untuk mencapai nilai hidup yang sempurna melalui dasar pembangunan nasional
  6. Apakah perkhidmatan yang ditawarkan di Majlis Daerah Lenggong?
    • Sila rujuk ruangan perkhidmatan. Klik di sini.
  7. Berapa lamakah tempoh permohonan lesen diproses?
    • 30 hari.
  8. Apakah visi Majlis Daerah Lenggong?
    • Menuju ke arah bandar yang maju dan membangun melalui perancangan dan kawalan yang teratur untuk melahirkan masyarakat yang harmoni dan sejahtera

 

SOALAN LAZIM CUKAI PINTU

  1. APAKAH ITU CUKAI PINTU?
    • Cukai pintu adalah cukai yang dikenakan ke atas pemilik dan penghuni pegangan berkadar yang terletak di dalam kawasan bidang kuasa sesebuah Majlis.
  2. KENAPA KITA PERLU MEMBAYAR CUKAI PINTU?
    • Kutipan dari cukai pintu adalah perlu untuk menampung perbelanjaan Majlis dalam menyediakan perkhidmatan seperti kos penyelenggaraan bandar, membina atau menyelenggara taman rekreasi, pemotongan rumput, membayar bil lampu jalan dan sebagainya untuk kesejahteraan masyarakat.
  3. APA YANG SAYA PERLU DILAKUKAN JIKA TIDAK MENERIMA BIL?• No. Lot/No.Rumah dan kedudukan harta.
    • No. Akaun (jika ada) atau
    • Bawa bil lama untuk rujukan
    • Datang ke Pejabat Majlis, Unit Penilaian dan Harta untuk mendapatkan bil tuan/puan. Bawa maklumat-maklumat seperti berikut :-
  4. APAKAH TANGGUNGJAWAB SAYA SEBAGAI PEMBAYAR CUKAI?• Menyemak di pejabat Majlis Daerah Lenggong samada hartanah anda sudah dikenakan cukai pintu.
    • Membayar cukai pintu pada masa ditetapkan
    • Memberitahu Majlis jika terdapat pertukaran alamat pos
    • Membekalkan alamat peti surat pos, jika ada
    • Memaklumkan Majlis jika terdapat pertukaran hakmilik
    • Memeriksa di pejabat Majlis dan menjelaskan sebarang cukai pintu kepada Majlis sebelum pertukaran hakmilik berlaku.
    • Memberitahu Majlis jika bangunan diubahsuai atau dirobohkan.
    • Memberitahu Majlis secara surat-menyurat jika ingin memohon pengurangan cukai pintu atas sebab bangunan anda tidak diduduki.
    • Melengkap dan mengembalikan borang-borang yang dihantar oleh Majlis.
    • Mengambil bil cukai di pejabat Majlis jika anda tidak menerima bil. (Tiada pengecualian denda diberi atas alasan tidak menerima bil cukai pintu).
    • Adalah penting bagi pembayar cukai membayar cukai taksiran sebelum tarikh akhir pembayaran.
      Pembayar Cukai Taksiran hendaklah:-
  5. JIKA SAYA HANYA SEORANG PENYEWA RUMAH / BANGUNAN TERSEBUT APA HARUS SAYA LAKUKAN?
    • Anda boleh mengemukakan bil kepada pemilik untuk bayaran segera. Jika pemilik gagal untuk menjelaskan cukai tersebut harta anda di dalam bangunan itu akan dirampas. Anda boleh melindungi harta anda dengan membayar sewa kepada Majlis sehingga tunggakan dijelaskan. Peruntukan Seksyen 151(6) Akta 171 Kerajaan Tempatan melindungi anda!
  6. MENGAPA KADAR CUKAI PINTU SAYA BERBEZA DENGAN JIRAN SAYA?• Jenis bangunan
    • Keluasan lantai
    • Lokasi
    • Bahan-bahan pembinaan
    • Kegunaan
    • Perbezaan nilai cukai pintu adalah disebabkan oleh:-
  7. APAKAH SAYA LAYAK MENERIMA REBAT JIKA BANGUNAN SAYA TIDAK DIDIAMI?
    • Anda hendaklah memberi notis kepada pihak Majlis jika bangunan anda kosong dan tidak didiami. Anda akan layak untuk diberi rebat jika segala syarat dalam Peraturan 5 dan 6 yang terkandung dalam Peraturan (Kadaran) Pihak Berkuasa Tempatan 1997 dipenuhi.
  8. APAKAH YANG HARUS SAYA LAKUKAN APABILA INGIN MEMBELI SEBUAH RUMAH ATAU TANAH KOSONG?
    • Semak dulu dengan Majlis untuk nama yang didaftar dan tunggakan yang masih ada bagi rumah / tanah tersebut untuk mengelakkan anda menyesal di kemudian hari, Seksyen 146, Akta 171 menegaskan bahawa semua kadar (tunggakan) adalah menjadi tanggungjawab pemilik pada masa itu untuk menjelaskannya. Anda dinasihatkan supaya menyemak dahulu pengurusan yang menguruskan urusniaga harta tersebut untuk menentukan tunggakan telah dijelaskan oleh pemilik sebelumnya.
  9. JIKA SAYA TELAH TUKAR MILIK / MENJUAL / MEWARISKAN RUMAH / HARTA, APA PERLU SAYA BUAT?
    • Beritahu kepada Majlis dengan mengisi Borang 1 / Borang J dan yang berkenaan dalam tempoh tiga bulan selepas pindah milik dilakukan. Jika gagal Pihak Majlis boleh mengambil tindakan mengikut Seksyen 160(6) Akta 171.
  10. JIKA ANDA TIDAK MAMPU BAGAIMANA UNTUK MENJELASKAN CUKAI?
    • Majlis akan menimbangkan untuk bayaran dibuat secara ansur. Untuk itu, anda dinasihatkan untuk datang sendiri ke Pejabat Majlis, Unit Penilaian dan Harta untuk membincangkan perkara itu dengan pengawai-pengawai yang berkenaan. Pihak Majlis juga bersedia untuk menyelesaikan lain-lain masalah anda mengenai cukai.

Untuk keterangan lanjut

Pegawai : Siti Rafeah Binti Dzulkifli
Telefon : 05-7677207/307
Emel : ghani@mdlg.gov.my