MENU

Majlis Daerah Lenggong

Notis Sebut Harga

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sebut Harga adalah dipelawa daripada syarikat yang masih sah berdaftar dengan CIDB dan mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dalam gred, kategori dan pengkhususan yang berkaitan serta yang masih dibenarkan/berdaftar dengan Majlis Daerah Lenggong membuat tawaran bagi melaksanakan kerja-kerja seperti yang berikut:-

BIL NO. SEBUT HARGA/TAJUK KERJA KELAYAKAN KONTRAKTOR/SYARIKAT TARIKH/MASA/TEMPAT TAKLIMAT & LAWATAN TAPAK HARGA DOKUMEN
1

No. Sebut Harga

35/2018

Selenggara Dengan Menukar Longkang Sediada Kepada Longkang Jenis Box Culvert, Di Jalan RPA Kota Tampan, MD Lenggong, Perak.

(Bumitputera)

Gred:G1

Pengkhususan: CE21

(Wajib)

 

22.10.2018/9.00pg/Pejabat Majlis

RM 30.00

2. Dokumen Sebut Harga hanya dijual kepada syarikat atau wakilnya yang sah sahaja yang menunjukkan Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) dan Sijil Perolehan Kerajaan (SPKK) Asal beserta satu salinan sijil tersebut dan Surat Wakil (bagi bukan pemegang asal sijil).

3. Semua Dokumen Sebut Harga mestilah dikemukakan dalam sampul surat berlakri dan ditulis tajuk dan nombor Sebut Harga berkenaan di penjuru kiri dan dialamatkan kepada Yang Dipertua Majlis Daerah Lenggong, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong dan dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga di Kaunter Hasil, Majlis Daerah Lenggong tidak lewat jam 12.00 tengahari pada 25.10.2018 (Khamis).

4. Majlis Daerah Lenggong tidak terikat menerima mana-mana tawaran yang terendah sekali.

5. Pelawaan sebutharga ini tertakluk kepada peringatan mengenai kesalahan rasuah dalam dokumen perolehan kerajaan seperti di LAMPIRAN A.

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi urusetia kami di 05 7677/ 207/ 307.
Sekian, Terima Kasih

Tender Ref: 
35/2018
Tender Closing Date: 
Khamis, 25 Oktober 2018