MENU

PERMOHONAN LESEN PREMIS PERNIAGAAN

MAJLIS DAERAH LENGGONG 2016

 

  1. Pemohon harus mendapatkan borang permohonan lesen yang terdapat di kaunter Majlis Daerah Lenggong.
  2. Borang permohonan lesen hendaklah di isi dengan lengkap dan dihantar ke kaunter Majlis Daerah Lenggong bagi tujuan pemprosesan.
  3. Bayaran proses perkhidmatan sebanyak RM 25.00 akan dikenakan semasa penghantaran borang dibuat.
  4. Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak oleh Majlis Daerah Lenggong.
  5. Berikut adalah senarai dokumen tambahan yang diperlukan dan hendaklah dihantar sekali bersama-sama borang permohonan.

Senarai bagi dokumen tambahan yang diperlukan:-

1.

1 salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan (SSM) yang telah disahkan

2.

1 Salinan Surat Perjanjian Penyewaan atau dokumen yang berkaitan dengan penyewaan bangunan atau tanah atau 1 Salinan Pelan Lokasi menunjukkan tempat perniagaan dijalankan

3.

1 Salinan gambar premis

4.

2 Keping gambar berukuran passport (wajib ada)

5.

1 Salinan Kad Pengenalan (wajib ada)

6.

1 Salinan contoh Visual Iklan/ Papan Iklan yang dipamerkan

7.

Sijil Suntikan atau Sijil Kursus Pengendali Makanan (bagi pengendali makanan – wajib)

8.

Berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (FOSIM)

9.

1 Salinan Resit Cukai Taksiran atau Resit Cukai Tanah

 

Hubungi Kami,

Bahagian Pelesenan

Majlis Daerah Lenggong
Jalan Alang Iskandar,
33400, Lenggong,
Perak Darul Ridzuan

No Telefon : 05-7677 207/307
No Faks: 05-7677 002

E-mel: azhari@mdlg.gov.my

Nama Pegawai: Nor Azhari Bin Yusof