MENU

Majlis Daerah Lenggong (“MDLG”) merupakan pihak berkuasa tempatan yang bertanggungjawab dalam menyediakan perkhidmatan perbandaran, mewujudkan peluang pekerjaan, merancang pembangunan dan mengawal selia semua pemajuan di daerah kecil Lenggong, Perak. MDLG diwujudkan di bawah Akta Kerajaan Tempatan (Akta 171). 

Pelawaan Untuk Mengemukakan Cadangan

REQUEST FOR PROPOSAL (RFP) 

 

  1. Semua Syarikat/Organisasi/Pemaju yang berkelayakan dan mempunyai pengalaman berkaitan adalah dipelawa untuk mengemukakan cadangan bagi projek berikut: 
NO. RFP TAJUK RFP KELAYAKAN PENDAFTARAN  TEMPAT DAN TARIKH MULA PENJUALAN DOKUMEN RFP  HARGA DOKUMEN RFP, BENTUK PEMBAYARAN DAN BAYARAN KEPADA  TEMPAT SERAHAN DAN TARIKH TUTUP RFP
BIL(2).MDLG (PB/B) 36/1 

Cadangan Pembangunan PT 1118 Seluas 2.50 Hektar (6.17 Ekar) Tasik Raban Dan PT 525 Seluas 12.039 Hektar (29.749 Ekar) Di Wilayah Cherakoh, Mukim Durian Pipit, Lenggong

Dan  

Cadangan Membangunkan Dan Mengusahakan Sebuah Stesen Minyak Dan Ruang Perniagaan Di Atas PT 720 Seluas 0.44245 Hektar (1.0490 Ekar) Kota Tampan, Mukim Durian Temelong, Lenggong, Daerah Hulu Perak, Perak Darul Ridzuan 
 

1. Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

2. Berdaftar dengan REHDA dan/atau  3. Lesen Pemaju Perumahan yang masih sah dengan Kementerian Perumahan Kerajaan Tempata

Jabatan Perancang,  Majlis Daerah Lenggong, Jalan Alang Iskandar,  33400 Lenggong,  Perak 
 
4 September 2018 (Selasa) 
 
Pada waktu pejabat (kecuali Cuti Umum, Sabtu dan Ahad)

HARGA DOKUMEN  Tunai RM 30.00 (Ringgit Malaysia Tiga Puluh Sahaja) 
 
BAYARAN PROSES  

RM 600.00 (Ringgit Malaysia Enam Ratus Sahaja) 
 
dalam bentuk  

Bank Draft 
 
Pembayaran kepada  \Majlis Daerah Lenggong 

Jabatan Perancang,  Majlis Daerah Lenggong,  Jalan Alang Iskandar,  33400 Lenggong, Perak 
 
pada  5 November 2018 (Isnin)   sebelum  5.00 petang

 

2.Semua Syarikat/Organisasi/Pemaju yang berminat akan mempunyai kelebihan sekiranya memenuhi kriteria seperti berikut: 

a. Mempunyai pengalaman mengendalikan dan menyiapkan projek pembangunan hartanah dengan GDV bernilai sekurang-kurangnya Ringgit Malaysia Satu Ratus Juta (RM 100,000,000.00) bagi satu (1) projek dalam tempoh 5 tahun yang lepas.

b. Mempunyai rekod kewangan yang kukuh dan mempunyai jaminan kredit yang diiktiraf bagi menyokong pembiayaan projek.  

c. Mempunyai rekod pencapaian atau pernah memenangi/menerima apa-apa anugerah kecemerlangan daripada badan atau institusi yang diiktiraf dalam projek pembangunan yang pernah disempurnakan. d. Memiliki jumlah tenaga kerja berpengalaman yang mencukupi bagi menjayakan projek ini.    

3. Syarikat/Organisasi/Pemaju adalah DIWAJIBKAN menghadiri sesi taklimat dan lawatan tapak projek seperti maklumat di bawah:   
Tarikh : 18 September 2018 dan 24 September 2018   
Masa  : 10.00 pagi  
Tempat  : Majlis Daerah Lenggong, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak  
Nota   : Syarikat/Organisasi/Pemaju yang berminat dinasihatkan menghantar wakil yang sah.  

 
4. Dokumen RFP boleh dibeli sebelum tarikh lawatan tapak atau pada hari lawatan tapak di Jabatan Perancang, Majlis Daerah Lenggong.  

5. Dokumen RFP hanya akan dijual kepada Syarikat/Organisasi/Pemaju yang sah (Bona Fide). Untuk tujuan tersebut, wakil Syarikat/Organisasi/Pemaju diwajibkan membawa surat pengesahan sebagai wakil dari Syarikat/Organisasi/Pemaju.  

6. Sebarang pertanyaan mengenai RFP di atas boleh diajukan kepada Jabatan Perancang, Majlis Daerah Lenggong di talian 05-7677207 atau email kepada majlisdaerahlenggong@gmail.com.