Majlis Daerah Lenggong
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Permohonan adalah dipelawa untuk menyewa Premis, Majlis Daerah Lenggong adalah seperti berikut:-
Bil. | Premis | Unit |
---|---|---|
1. | Ruang Atas Stesen Bas | 1 |
2. | Kedai Pejabat Tingkat Atas, Lot 162, Jalan Alang Iskandar | 1 |
3. | Gerai Terbuka Taman Kota Tampan, No. 10 | 1 |
4. | Kiosk Medan Selera Dataran Lenggong (K1, K4, K5) | 3 |
5. | Gerai Ayer Ibol, No. 2 | 1 |
6. | Gerai Tepi Pasar Besar Lenggong, No. 6 | 1 |
7. | R&R Selat Pagar, No. 8 | 1 |
- Permohonan perlu dibuat di dalam borang yang disediakan. Bayaran proses sebanyak RM10.00 perlu disediakan.
- Borang permohonan boleh didapati melalui kaunter Penilaian Majlis Daerah Lenggong pada waktu pejabat, bermula jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang (Isnin Hingga Jumaat).
- Permohonan yang telah lengkap diisi bersama cadangan kertas kerja perniagaan hendaklah dihantar ke Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta (JPPH) Majlis Daerah Lenggong.
- Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi urusetia kami di 05 7677/ 207/ 307, sambungan ke Kaunter Penilaian.
Sekian, Terima Kasih.