MENU

mdlg

MAJLIS DAERAH LENGGONG

PENGUMUMAN BAZAR RAMADHAN 2020 M / 1441 H

BAZAR RAMADAN akan dibuka di Dataran Lenggong bermula 24 APRIL 2020. Majlis Daerah Lenggong ingin membuka permohonan untuk berniaga di bazar ini kepada individu yang berminat. 

Permohonan boleh dibuat melalui borang yang disediakan dikaunter pejabat Majlis Daerah Lenggong pada waktu pejabat (8.00 pagi - 5.00 petang).

Pemilihan tapak akan diadakan secara undian untuk menentukan tapak niaga masing - masing. Majlis Daerah Lenggong berhak meminda dan mengubah kedudukan peniaga ke petak yang lebih sesuai jika dirasakan perlu. Harga tapak niaga sebenar dikira selepas tarikh pengundian.

Pemohon @ wakil wajib hadir semasa pengundian dejalankan dan sekiranya pemohon @ wakil tidak hadIr semasa pengudian dijalankan. Pihak Majlis Daerah Lenggong akan menjalankan urusan pengundian bagi pihak pemohon. Majlis Daerah Lenggong tidak akan bertanggungjawab diatas kedudukan petak yang telah diundi oleh Majlis Daerah Lenggong.

Borang permohonan akan mula diedar pada 03 FEB 2020 (ISNIN). Semua permohonan yang lengkap beserta bayaran hendaklah dibuat di pejabat Majlis Daerah Lenggong pada atau sebelum 20 MAC 2020 (JUMAAT).

Dokumen yang wajib disertakan adalah seperti:- 

  1. 1 Salinan Kad Pengenalan

  2. 1 Salinan Suntikan Anti Thypoid

  3. 1 Salinan Kursus Pengendalian Makanan

Sekiranya gagal berbuat demikian, pemohonan anda tidak akan diproses.

Pemohon yang masih belum melangsaikan hutang dengan Majlis Daerah Lenggong dikehendaki menyelesaikan semua tunggakan terlebih dahulu sebelum diberi kebenaran berniaga di Bazar Ramadhan 2020.

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi urusetia kami di 05 7677/ 207/ 307.
Sekian, Terima Kasih