MENU

HEBAHAN PRODUK INOVASI MAJLIS DAERAH LENGGONG TAHUN 2017

Pada tahun ini, Majlis Daerah Lenggong mencipta satu produk inovasi bagi menyertai Pertandingan Anugerah Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan (AIPBT) tahun 2017 peringkat Negeri Perak. Produk ini telah dihasilkan oleh kakitangan Resort Tasik Raban di bawah Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta. Produk ini bernama “L-Traps” dan direka oleh kumpulan JPPH Team.

Produk ini dicipta bagi menyelesaikan masalah kewujudan cicak yang menyebabkan bilik di Resort Tasik Raban dikotori oleh najis cicak walaupun sudah dibersihkan oleh pekerja.

Ciptaan ini sangat mudah dan kos yang sangat rendah. Di samping itu, kita dapat memupuk Konsep 3R (Reduce, Reuse, Recycle) kerana “L-Traps” hanya menggunakan botol minuman yang sudah tidak digunakan lagi dan salotep.