MENU

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua warga Lenggong.

Memandangkan Hari Raya Aidilfitri 2016M/1437H yang bakal tiba tidak lama lagi, Majlis Daerah Lenggong ingin mengesyorkan buat anda yang ingin meninggalkan rumah untuk pulang beraya di kampong halaman agar mengisi Borang Maklumat Balik Kampung  atau menggunakan Sistem SMS Rakan COP. Borang Maklumat Balik kampung yang telah di isi lengkap boleh dihantar ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) atau Balai Polis yang berdekatan.

Dengan mengisi Borang Maklumat Balik Kampung atau menggunakan Sistem SMS Rakan COP, keselamatan rumah anda lebih terjamin dengan pemantauan berkala oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Info: Jabatan Undang-Undang dan Penguatkuasaan, Majlis Daerah Lenggong.