MENU

Majlis Daerah Lenggong (MDLG), Perak ingin memaklumkan perubahan waktu kaunter bayaran bagi Cukai Taksiran Am, Lesen dan Sewa Premis pada 22 Julai 2016 (Jumaat) hanya akan beroperasi pada sebelah pagi iaitu pada pukul 8.00 pagi sehingga 12.00 tengahari. Waktu perkhidmatan ini dipendekkan bagi memberi ruang kepada kerja-kerja pemindahan ke Pejabat Majlis Lenggong yang baharu dapat dijalankan.

Pelanggan yang ingin berurusan dengan MDLG diharap ambil maklum perkara tersebut. Walau bagaimanapun, sebarang urusan percukaian/pembayaran berkaitan dengan MDLG boleh diteruskan melalui perkhidmatan elektronik dengan melayari www.mdlg.gov.my. Sebarang kesulitan yang dihadapi oleh pelanggan amat dikesali. Pihak MDLG mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan.

Sebarang pertanyaan lebih lanjut, sila hubungi urusetia di talian:

 05-7677 207/05-7677 307 atau diemelkan ke urusetia@mdlg.gov.my