MENU

Maksud logo Majlis Daerah Lenggong.

Warna

Ada 3 warna yang digunakan iaitu:-

a) Putih Bekerja dengan jujur dan mendukung konsep "Bersih, Cekap, dan
Amanah"
b) Kuning Kesetiaan kepada Raja dan Negara
c) Hijau Melambangkan kawasan pertanian yang subur dan dihiasi dengan daun
teh yang merupakan projek kebanggaan di daerah ini.

 

Lambang

a) Bulan dan Bintang   Melambangkan agama Islam sebagai agama rasmi.
b) Lapan penjuru bintang Lapan cawangan Majlis Daerah iaitu Kuak, Raban, Gelok,
Selat Pagar, Ayer Kala, Padang Grus, Kota Tampan, dan
Lenggong yang bercantum di bawah Majlis Daerah
Lenggong.
c) Bulan Melambangkan penyatuan dalam mewujudkan Majlis
Daerah Lenggong yang dapat menyinari kesemua Majlis
Daerah.
d) Perkataan `Bersatu Teguh'

Melambangkan dengan penyatuan lapan cawangan ini, Majlis Daerah Lenggong akan bertambah kuat, dan cekap
dalam menjalankan pentadbiran harian bagi memberi
perkhidmatan kepada rakyat secara lebih maksima.